Tuesday, April 21, 2015

Soalan tentang Pusat Akses

1. Apakah maksud Pusat Akses Sekolah? 
Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan 'cyber cafe'. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebadai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

 2. Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah? 
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk: Membudayakan penggunaan ICT di sekolah Mengurangkan nisbah komputer dengan murid Meningkatkan masa penggunaan komputer (contact hours) oleh murid

 3. Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?
 Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk: Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlumat Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiridengan lebih berkesan Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

 4. Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah? 
 Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 peratus adalah sekolah menengah.

5. Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?
 Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk: Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-learning) Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel Berkolaborasi dengan murid lain

 6. Apakah peralatan yang diletakkan dalam Pusat Akses Sekolah? 
Setiap sekolah akan memerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut akan dirangkaikan dengan rangkaian setempat.

7. Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah? 

 Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses Sekolah dibuat berdasarkan kriteria berikut: Ada ruang/bilik yang sesuai Ada akses kepada Internet Ada Makmal Pengkomputeraan Ada elektrik 24 jam Kemahiran ICT warga sekolah Komitmen pihak pentadbiran sekolah

 8. Apakah waktu operasi Pusat Akses Sekolah? 

Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

 9. Bilakah Pusat Akses Sekolah mula dilaksanakan?

 Penubuhan Pusat Akses Sekolah telah mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006. Sehingga kini, terdapat 3022 Pusat Akses Sekolah di seluruh negara yang dilaksanakan melalui 3 fasa.

 10. Siapakah yang boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah? 

Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklimat dari Internet. Kemudahan Pusat Akses Sekolah juga dibuka kepada komuniti setempat /PIBG, dll.

 11. Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?

 Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses Sekolah dibuat berdasarkan kriteria berikut: • Ada ruang/bilik yang sesuai • Ada akses kepada Internet • Ada Makmal Pengkomputeraan • Ada elektrik 24 jam • Kemahiran ICT warga sekolah • Komitmen pihak pentadbiran sekolah

12. Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah? 
Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut terdiri daripada: • Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista dan sebagainya • Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, Portal Sumber Pendidikan (bibliografi.moe.edu,my), MySchoolNet,My Tutor, Online Smart Learning dan sebagainya • Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD Audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat

No comments:

Post a Comment